Asal nk buat ayam golek tapi lain pulak jadinya..selongkar dapo ada rempah tandoori..makanya rempah tandoori pun aku masukkan juga. Hubby suka..bertambah2 makannya..sekali-sekal balik Malaysia ye abg..jommm kita layan ayam golek..hehehehe
Bahan2
sekor ayam
1 cmb rempah tandoori
2 cmb rempah beriani
1 peket santan (boleh kurangkan jika tak suka lemak@ gantikan dgn minyak utk menumis)
buah keras (diketuk2 kasar)
5 biji cili api (dikisar)
6 biji bawang merah & 5 ulas putih (dikisar)
3-4 biji pelaga (utk bau lebih harum)
6 helai daun limau purut
1 btg serai (diketuk2-jika x masukkan pun ok aje)
bawang besar (utk hiasan)
tomato (utk hiasan)
perahan lemon (diperah semasa mahu dihidangkan)
Cara2
-gaul sebati rempah tandori, beriani, cili api, bwg putih & merah, buah keras bersama ayam.
-perap selama 2-3 jam.
-masakkan atas api perlahan kesemua bhn di atas hingga pecah lemak
-angkat & bakar dlm oven/microwave
atau cara cepat:
-tumis kesemua bhn dlm kuali & masukkan ayam
-masak atas api perlahan hingga pecah lemak
- angkat & masukkan dlm dulang pembakar
- bakar dlm microwave/oven selama 40-45 mins.
- angkat & hias ikut kretiviti anda.

No comments:
Post a Comment