Monday, 28 November 2011
KETAM MASAK LEMAK CILI BERAPI
Ini antara feveret incek hubby juga. Kalu jumpa ketam memang tak pandang kiri kanan depan belakang dah hehehe. Petua orang tua2..kalau nak beli ketam silalah beli pd masa bulan mengambang penuh.Isi ketam juga akan penuh spt bulan. Hm...
Bahan2 sama seperti previous entry.
Sunday, 27 November 2011
IKAN TENGGIRI ASAM PEDAS MELAKA
Ni masakan feveret incek hubby..of course lah org Melaka musti suke masakan Melaka ye tak? Feveret akak jugak..dari kecik2 lg makBonda memang dah hidangkan kami asam pedas yg pedas kaw2. Makanya lepas kawin akak pun berguru lah dgn mak mertua utk dapatkan pure resepi asam pedas Melaka. Mak mertua suka tumbuk dlm lesung utk dpt kan rasa nya yg asli..tp akak bantai pakai blender aje ..nk cepat hehehehe
Err ramai ya peminat asam pedas ni? sapa minat angkat tangan tinggi2..hihihihih (ni akak lah plg tinggi)
Bahan2
minyak utk menggoreng
3ketul tenggiri (dibasuh bersih)
5biji bawang merah (separuh dikisar separuh dimayang)
2 biji bawang putih (dikisar/dimayang)
2cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
5-7 tangkai cili api
1 cmb belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
3 batang serai - dititik
1/2 cmt halba
daun kesum
bungan kantan
bendi
air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit gula
Caranya :
- Panaskan minyak & tumis bawang putih & bawang merah - masukkan halba, bila bau naik terus masukkan bahan2 yang dikisar tadi
- masukkan serai
- masak hingga naik minyak & garing
- kemudian masukkan daun kesum & bunga kantan
- biar mendidih & masukkan ikan
- kacau & masukkan gula, garam,air asam jawa
- akhir sekali masukkan bendi & biar mendidih
Tips
1. mak mertua biasanya akan biarkan 2-3jam sebelum dihidangkan. rasanya akan sebati & lebih mantap
2. lg banyak belacan lagi kaw..tp akak taruk sedikit aje
3. kalu mau lagi pedas boleh taruk lagi banyak cili api
Saturday, 26 November 2011
SIPUT LALA TUMIS BERAPI
Sekali-sekala tukar selera kepada siput pulak. Selalu makan ayam n ikan pun jemu juga kan? Tapi sayang sikitlah lala nya masih kecil2..tapi tak apa asalkan dpt memnuhu permintaan selera tekak hehehe
Bahan2
setengah kilo lala
3 tangkai cili api (diketuk)
sebatang serai (diketuk)
sedikit halia
sedikit minyak utk menggoreng
sedikit perahan lemon
bawang putih + merah (untuk menggoreng)
Friday, 25 November 2011
TAUGEH GORENG PEDAS BERAPI
Asalnya nak masak asparagus, tapi sayang pula taugeh makBonda belikan belum diusik. Daripada lembik baik akak masak secepat mungkin. NI resepi main campak2 baling dlm kuali aje. Ikut sedap tekak hehehe
Bahan2
2 tangkai cili api ( ditumbuk kasar)
2 tangkai cili besar (ditumbuk kasar)
seulas bawang merah (utk menggoreng)
2 ulas bawang putih (untuk menggoreng)
sedikit kicap
garam secukup rasa
perahan lemon
Cara2
-goreng bawang merah + putih hingga naik bau
- campakkan cili & masak hingga pecah minyak
- masukkan sedikit kicap
- masuukkan taugeh, kacau sebentar & tabur garam
- masukkan perahan lemon & angkat
Haaa cepat kan? tak sampai 5 mins siap 1 menu.
Thursday, 24 November 2011
JANTUNG PISANG MASAK LEMAK PUTIH
Akak suka rasa jantung pisang setelah dimasak lemak.mmg berlemak dan terasa seperti mengunyah ayam aje. Anak buah yg tak suka sayur pun kemain bertambah2 nasi. Pelik juga selera anak2 kota metropolitan ni.
Bahan2
2 tangkai cili kering
1 cwn santan kelapa
1 biji jantung pisang
1 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara2
-campak kan aje kesemua bhn dlm periuk
-masak atas api hingga mendidih
-masukkan asam keping, garam secukup rasa
- angkat & hidangkan dgn nasi putih.
Jommmm try jommm...jgn lupa tapaukan utk saya sedikit yeah! ;)
Wednesday, 23 November 2011
ANGGUR HITAM MANIS & KHASIAT
Ni pun feveret akak..tapi still tak boleh kalahkan Mr. King a.k.a durian lah kan..kalu buah doyan tu sebakul pun akak boleh habiskan. Betul..akak tak reka cerita..makBonda akak pun dah masak sgt..smpaikan kena perli makan dgn pokok2 dan dusun nya sekali .hehehe.sabo aje lah..
eh merepek2 ke mana2 pulak akak..selain rasa anggur yg sedap..byk juga khasiatnya..
Antaranya...
Anggur hitam mempunyai tahap vitamin dan mineral yang sungguh mengagumkan. Dari segi bahan antioksida dan Vitamin C, anggur hitam adalah salah satu sumber semulajadi yang tinggi.
Anggur hitam kaya dengan fitokimia yang dipanggil antosianin, terkenal bagi manfaat antikeradangannya. Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang memberikan buah anggur hitam warnanya yang gelap - semakin gelap warna buahnya, semakin tinggi kandungan antosianin dan semakin banyak manfaat bahan antioksida.
Buah yang berwarna gelap ini padat dengan bahan antioksida dan secara am terbukti memiliki manfaat kesihatan yang ketara. Kajian menunjukkan bahawa bahan antioksida bolen mencegah pelbagai jenis penyakit. Lebih kurang 100gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori, serta padat dengan kandungan vitamin dan mineral.
Anggur hitam kaya dengan fitokimia yang dipanggil antosianin, terkenal bagi manfaat antikeradangannya. Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang memberikan buah anggur hitam warnanya yang gelap - semakin gelap warna buahnya, semakin tinggi kandungan antosianin dan semakin banyak manfaat bahan antioksida.
Buah yang berwarna gelap ini padat dengan bahan antioksida dan secara am terbukti memiliki manfaat kesihatan yang ketara. Kajian menunjukkan bahawa bahan antioksida bolen mencegah pelbagai jenis penyakit. Lebih kurang 100gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori, serta padat dengan kandungan vitamin dan mineral.
Tuesday, 22 November 2011
SUP AYAM JR
NAk buat sup ni senang aje..tapi nk menunggu nye yg malas ye tak. akak pakai sup bunjut aje.campak2 & siap!
Bahan2
setengah ekor ayam kampung
2 bunjut sup bunjut ADABI
2 biji ubi kentang
sedikit halia
kulit kayu manis
2-3 biji bunga lawang (tambahan)
4 ulas bawang merah (digoreng perang)
daun sup
garam secukup rasa
Cara2
-rebus ayam bersama sup bunjut & bahan2
-bila ayam sudah empuk masukkan kentang
-bila kentang sudah empuk taburkan bawang goreng
& daun sup
- terus angkat & hidangkan
Bahan2
setengah ekor ayam kampung
2 bunjut sup bunjut ADABI
2 biji ubi kentang
sedikit halia
kulit kayu manis
2-3 biji bunga lawang (tambahan)
4 ulas bawang merah (digoreng perang)
daun sup
garam secukup rasa
Cara2
-rebus ayam bersama sup bunjut & bahan2
-bila ayam sudah empuk masukkan kentang
-bila kentang sudah empuk taburkan bawang goreng
& daun sup
- terus angkat & hidangkan
Monday, 21 November 2011
SANDWISH TELUR MAYONIS
ni versi sandwish simple2 je
agak2 kalu kejor kan masa
mmg sesuai bikin sandwish ni
kalu tak sempat rebus telur tu
goreng dadar tanpa minyak / plain ok aje
ikut kretiviti aje.
Bahan2
sebiji telur
2 keping roti berserat
mayonis
telur parut/goreng dadar
serbuk lada hitam (optional)
chedar cheese (optional)
daun salad
Sunday, 20 November 2011
Saturday, 19 November 2011
KERISIK KAK JR
akak tak berapa suka kerisik beli
kadang2 bau perit & agak hapak gitu
akak rela bikin sendiri
tak kisah lenguh2 bahu menumbuk kerisik
asalkan puas hati dpt kerisik fresh
bau pun wangi
Bahan2
sebiji kelapa (diparut)
Cara
goreng kelapa parut tanpa minyak hingga keperangan
angkat dan masukkan dlm lesung
tumbuk hingga naik minyak
selamat berkerisik ya!
:)
JAGUNG ADIK CHOMEL
jagung ni akak petik kat pasar borong besar tadi
akak hulur beberapa keping notes 'berkepala agong'
cepat aje adik2 chomel tu tukorkan dgn jagung
hehehehehe
SANDWISH TUNA MAYONIS
Kadang tekak menjerit2 mau menu lain dari yang lain..hari2 makan nasi jemu jugak ye tak? hari ni jamu tekak dgn bun aje..
Bahan2
bun
mayonis
tuna
daun salad
serbuk lada hitam
perahan lemon
cheese
Kurma aneka rasa
Gumbira nya hati dapat buah tangan dari hubby setiap kali pulang bercuti ke Malaysai..nun jauh dari bumi anbia'...boleh tahan citarasa incek hubby...semuanya sedap2 belaka...suka akak dgn coklat2 & biskut manisan berasakan kurma ini..paling akak suka kurma 'ajwa @ kurma nabi..mmg terbaik!
SARANG SEMUT BERKEMBAR
hehehe jgn ingat menara Petronas KLCC jek berkembar...sarang semut akak pun twin tau...jantan-betina tak seiras gitu..euwwww..hiihihihi
Bahan2
250 gm butter
1 gelas gula kastor
2 gelas tepung gandum ]
1 gelas tepung kastard ]
1 gelas tepung jagung...] di ayak
2 biji kuning telur
1 cmt esen vanilla
Sedikit coklat rice (utk hiasan)
sedikit manik gula kecil (warna-warni)
paper cup
Cara membuat
- Pukul kembang butter + gula.
- Masukkan kuning telur + esen vanilla - gaul rata.
- Masukkan tepung - gaul rata.
- Parutkan adunan ke dlm bekas dan isikan ke dlm paper cup.
- Taburkan coklat rice/manik kecil sbg hiasan.
- Bakar dalam oven selama 15mins - suhu 180 C
AYAM GOLEK TANDOORI
Asal nk buat ayam golek tapi lain pulak jadinya..selongkar dapo ada rempah tandoori..makanya rempah tandoori pun aku masukkan juga. Hubby suka..bertambah2 makannya..sekali-sekal balik Malaysia ye abg..jommm kita layan ayam golek..hehehehe
Bahan2
sekor ayam
1 cmb rempah tandoori
2 cmb rempah beriani
1 peket santan (boleh kurangkan jika tak suka lemak@ gantikan dgn minyak utk menumis)
buah keras (diketuk2 kasar)
5 biji cili api (dikisar)
6 biji bawang merah & 5 ulas putih (dikisar)
3-4 biji pelaga (utk bau lebih harum)
6 helai daun limau purut
1 btg serai (diketuk2-jika x masukkan pun ok aje)
bawang besar (utk hiasan)
tomato (utk hiasan)
perahan lemon (diperah semasa mahu dihidangkan)
Cara2
-gaul sebati rempah tandori, beriani, cili api, bwg putih & merah, buah keras bersama ayam.
-perap selama 2-3 jam.
-masakkan atas api perlahan kesemua bhn di atas hingga pecah lemak
-angkat & bakar dlm oven/microwave
atau cara cepat:
-tumis kesemua bhn dlm kuali & masukkan ayam
-masak atas api perlahan hingga pecah lemak
- angkat & masukkan dlm dulang pembakar
- bakar dlm microwave/oven selama 40-45 mins.
- angkat & hias ikut kretiviti anda.
Friday, 18 November 2011
BUAH DELIMA & KHASIAT
Feveret akak ni. Kadang seminggu sekali beli.tapi kadang2 susah sungguh nak dapat buah ni. Kadang2 dapat yg muda.tawar sangat. Kalau nak beli akak memenag cerewet.uncle buah pun dah faham kerenah akak. Seriklah asyik dapat yg muda, keras & tawar. MAhal tau mana boleh suka2 itu uncle kasi buah tak elok.akak murka tau hahaha..Layan aje lah uncle.....hihihihi
Banyak khasiat buah delima ni..antaranya..
- menstabilkan kadar kolesterol
- Kandungan Antioksidan yang Tinggi
- Kandungan Antioksidan yang Tinggi
- Melawan Penyakit Jantung
- Delima Untuk Stimulasi Disfungsi
- Memperkuat Sistem Pertahanan Badan
- Mengurangkan Risiko Diabetes
- Mencegah Kanser Kelenjar Prostat
- Menentang Kanser Payudara
- Membantu Merendahkan Tekanan Darah
- Menguatkan Kesihatan Gigi
- Mencegah Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
- Melindungi Otak Bayi
- Delima Mengurangkan Batuk dan Asma
- Delima Untuk Stimulasi Disfungsi
- Memperkuat Sistem Pertahanan Badan
- Mengurangkan Risiko Diabetes
- Mencegah Kanser Kelenjar Prostat
- Menentang Kanser Payudara
- Membantu Merendahkan Tekanan Darah
- Menguatkan Kesihatan Gigi
- Mencegah Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
- Melindungi Otak Bayi
- Delima Mengurangkan Batuk dan Asma
dan..banyak lagi...
MASAK LEMAK PUCUK UBI CILI API
model daun ubi tak berbayar hehehe
Mari menambah kolestrol hehehehe. Sekali-sekali melayan masak lemak ok lah kalu selalu2 lain pulak jadinya.Tak pasal2 terpaksa ambil pekej percutian di dlm ward akibat heart attack hehehe. Lemak2 pedas berapi betul2 membikin kecur liur. Konon2 mau makan sepinggan akhirnya ke laut jua kawalan nafsu ku itu hehehehe :p
Bahan2
pucuk ubi (akak celur dulu buang pahitnya)
7 tangkai cili api
3 buku kunyit hidup (ditumbuk halus)
bawang putih&merah (ditumbuk)
1/2 cawan pati santan
1 cawan santan cair
2 keping asam keping
sehelai daun kunyit
garam secukup rasa
Cara2
-masukkan kesemua bahan di dlm periuk & tunggu mendidih
-bila mendidih masukkan pucuk ubi & garam
-kemudian masukkan pati santan
-angkat & hidangkan bersama nasi panas
alehai senang bebenor ye tak? makBonda kata masak org malas hahaha
Thursday, 17 November 2011
PULUT SAMBAL KUALA KEDAH
Kebetulan menghadiri kenduri kahwin sahabat di Alor Setar, kami somi-isteri singgah ke rumah mak mertua adik ke-5 di Kuala Kedah
pelbagai aneka kuih dijamu hingga rambang mata & kecur2 liur tak tau mana yg mahu dijamah dulu
dlm byk2..akak plg suka pulut inti ni..rasanya..mmg tak dpt diluahkan dgn kata2..
mmg mables! mantop gitu!
lain hari jika ada kesempatan kami mau singgah lg ke sana
ada byk planning dlm kepala..
jeng...jeng..jeng...
taDaaa..inilah rupa beliau..sedap betul sambal dia
petang tu kami berkelah di tepi sawah padi..sambil melihat kambing2 yg chomel2
Wednesday, 16 November 2011
SPAGETTI BOLOGNESE 1MALAYSIA
SPAGETTI BOLOGNESE
(resepi hentam keromo.bila tekak ngada2 mau western style :p)
Bahan2
1 bungkus spaghetti
1 liter sos tomato puri
4 cmb sos tomato
5 cmb sos cili (optional. aku suka pedas)
2 helai daun bay/oregano @ Italian herbs
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
150 gm mentega
400 gm daging kisar
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
Cara2
- Rebus spaghetti bersama 1 cmb marjerin + 1 cmb besar garam hingga empuk.
-Setelah empuk toskan & ketepikan.
- Panaskan mentega & tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu.
- Masukkan kesemua jenis sos dan daun bay/oregano @ Italian herbs.
- Masukkan daging, gula dan garam.
- Biarkan daging masak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
- Akhir sekali masukkan cendawan butang.
- Gaul rata hingga cendawan masak.
Dah siap pun.mari makannnnn jommmm...!!
( o ye if nk cepat beli jek sos pasta..Italian herbs dh tersedia di dlm tu)
(resepi hentam keromo.bila tekak ngada2 mau western style :p)
Bahan2
1 bungkus spaghetti
1 liter sos tomato puri
4 cmb sos tomato
5 cmb sos cili (optional. aku suka pedas)
2 helai daun bay/oregano @ Italian herbs
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
150 gm mentega
400 gm daging kisar
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
Cara2
- Rebus spaghetti bersama 1 cmb marjerin + 1 cmb besar garam hingga empuk.
-Setelah empuk toskan & ketepikan.
- Panaskan mentega & tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu.
- Masukkan kesemua jenis sos dan daun bay/oregano @ Italian herbs.
- Masukkan daging, gula dan garam.
- Biarkan daging masak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
- Akhir sekali masukkan cendawan butang.
- Gaul rata hingga cendawan masak.
Dah siap pun.mari makannnnn jommmm...!!
( o ye if nk cepat beli jek sos pasta..Italian herbs dh tersedia di dlm tu)
SIAKAP 3 RASA BERAPI
SIAKAP 3 RASA
-semua bhn2 adalah fresh..tiada sos cili maupun bhn2 berpeket..hot original fm kebun hehehe..asal masak jek nak campak cili api..makanya semua masakan akak pedas berapi2 hehehe-
Bahan2
seekor ikan siakap (digoreng tepung)
7 tangkai cili api
2 tangkai cili besar
3 tangkai cili kering
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 batang serai
sedikit halia (optional)
kesemua bhn2 dia tas dikisar
perahan lemon
garam secukup rasa
Cara2
- goreng bahan2 kisar di atas api hingga naik bau
- taburkan perahan lemon
- angkat & taburkan diatas ikan
- mmg pedas berapi resepi kak Tini ni hehehe
-semua bhn2 adalah fresh..tiada sos cili maupun bhn2 berpeket..hot original fm kebun hehehe..asal masak jek nak campak cili api..makanya semua masakan akak pedas berapi2 hehehe-
Bahan2
seekor ikan siakap (digoreng tepung)
7 tangkai cili api
2 tangkai cili besar
3 tangkai cili kering
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 batang serai
sedikit halia (optional)
kesemua bhn2 dia tas dikisar
perahan lemon
garam secukup rasa
Cara2
- goreng bahan2 kisar di atas api hingga naik bau
- taburkan perahan lemon
- angkat & taburkan diatas ikan
- mmg pedas berapi resepi kak Tini ni hehehe
BROKOLI BIJAN STIM
Ulam paling malas kaka rasa..kali ni bg rasa berlainan akak taburkan sedikit minyak bijan. wangi dan membangkit selera gitu.
- rebuskan air yg dicampur garam
- masukkan brokoli sebentar (jgn terlalu layu)
- kacau2 & taburkan minyak bijan
- angkat & hidangkan
APAM MEKAR SETAMAN
APAM MEKAR SETAMAN
(ikut style citarasa akak aje ni hehehe)
Bahan A
250gm gula kastor
1 cmb ovelette
3 biji telur
BAhan B
300gm tepung naik sendiri
1 cmt serbuk penaik
Bahan C
200ml air ais krim soda
Hiasan
pewarna (ikut citarasa mata anda ya)
Cara
- pukul bahan A hingga kembang/pekat
- ayak bahan B ke dalam adunan bahan A
- gaul sebati
- kemudian masukkan air ais krim soda & kacau sebati
- ambil sedikit adunan dan warnakan mengikut citarasa anda
- (akak suka kombinasi oren + natural)
- masukkan adunan ke dlm cawan kertas & letakkan aduna bewarna oren di bahagian atas
- kukus selama 10 minit (api perlahan)
Selamat mencuba :)
(ikut style citarasa akak aje ni hehehe)
Bahan A
250gm gula kastor
1 cmb ovelette
3 biji telur
BAhan B
300gm tepung naik sendiri
1 cmt serbuk penaik
Bahan C
200ml air ais krim soda
Hiasan
pewarna (ikut citarasa mata anda ya)
Cara
- pukul bahan A hingga kembang/pekat
- ayak bahan B ke dalam adunan bahan A
- gaul sebati
- kemudian masukkan air ais krim soda & kacau sebati
- ambil sedikit adunan dan warnakan mengikut citarasa anda
- (akak suka kombinasi oren + natural)
- masukkan adunan ke dlm cawan kertas & letakkan aduna bewarna oren di bahagian atas
- kukus selama 10 minit (api perlahan)
Selamat mencuba :)
Tuesday, 15 November 2011
ASPARAGUS UDANG BELACAN
ASPARAGUS PEDAS BELACAN
(nk goreng kangkung xde so asparagus pun boleh lah)
Bahan2
segenggam asparagus
3 ulas bawang putih + merah (dihiris)
sedikit udang
5 tangkai cili besar
3 tangkai cili api
perasa ayam knorr/cukup rasa
belacan
garam secukup rasa
secubit gula
IKAN PERCIK BERAPI
IKAN PERCIK BERAPI
(hah amik ko kemain ganas nama resepi ni..bkn nye apa sbb ditaruk cili api makanya jd lah pedas berapi hehe)
Bahan2
5 tangkai cili api (dikisar)
5 biji cili masak (dikisar)
10 biji cili kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cubit pes tomyam
1 peket santan (jika mau kurangkan kuantiti santan pun boleh)
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
5 helai daun limau purut
sedikit garam
perahan lemon
daun pisang (utk membakar/panggang)
Cara2
-masukkan ikan, bhn2 giling & santan di dlm periuk
-masakkan dgn api sederhana
- setelah mendidih, angkat & masukkan ke dlm daun pisang
- masukkan perahan lemon & balut.
- panggang seketika hingga naik bau
-angkat & hidangkan.
IKAN BAWAL STIM
BAWAL STIM
Bahan2
sekor ikan bawal
bawang merah (dimayang & digoreng perang)
halia (dihiris nipis)
brokoli
daun salad
3 biji cili besar (dihiris nipis)
1 biji tomato (utk hiasan)
minyak zaitun
perahan lemon
garam secukup rasa
Cara2
- stimkan ikan bersama halia selama 25 mins
- angkat taburkan cili besar, bawang merah, brokoli & kukus sebentar selama 2-5 mins
- angkat & perahkan lemon & tabur sedikit bawang merah goreng & minyak zaitun
- sedap dihidang bersama air asam @ cili api kicap
Bahan2
sekor ikan bawal
bawang merah (dimayang & digoreng perang)
halia (dihiris nipis)
brokoli
daun salad
3 biji cili besar (dihiris nipis)
1 biji tomato (utk hiasan)
minyak zaitun
perahan lemon
garam secukup rasa
Cara2
- stimkan ikan bersama halia selama 25 mins
- angkat taburkan cili besar, bawang merah, brokoli & kukus sebentar selama 2-5 mins
- angkat & perahkan lemon & tabur sedikit bawang merah goreng & minyak zaitun
- sedap dihidang bersama air asam @ cili api kicap
Assalamualaikum
Ini adalah blog kedua akak.
Blog pertama lebih berkisar pada kehidupan harian.
Blog kedua ini akak lebih mahu berkongsi koleksi & tips2 masakan dengan kawan2 blogger.
Lebih kepada bertukar2 juadah masakan & sharing thought dgn kwn2 blogger.
Entah lah jari kaku untuk terus menekan2 kekunci keyboard.
Haruslah akak berhenti dr terus merapu yg bukan2 ye tak? hehehe
Selamat malam, salam ukhwah, salam silaturrahim buat teman2.
Blog pertama lebih berkisar pada kehidupan harian.
Blog kedua ini akak lebih mahu berkongsi koleksi & tips2 masakan dengan kawan2 blogger.
Lebih kepada bertukar2 juadah masakan & sharing thought dgn kwn2 blogger.
Entah lah jari kaku untuk terus menekan2 kekunci keyboard.
Haruslah akak berhenti dr terus merapu yg bukan2 ye tak? hehehe
Selamat malam, salam ukhwah, salam silaturrahim buat teman2.
Subscribe to:
Comments (Atom)































